Search

YAM Che’ Puan Besar Khaleeda selaku Yang Dipertua ...

  • Share this:

YAM Che’ Puan Besar Khaleeda selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor turut serta dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor Kali ke-30 Bagi Tahun 2021/2022 yang telah diadakan secara atas talian pada hari ini, 30 Mac 2021.

Dalam titah ucapannya, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berkenan mengucapkan tahniah kepada persatuan di atas kejayaan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program berterusan yang menekankan aspek kebajikan, kemasyarakatan dan peningkatan ilmu. Baginda turut berharap pelbagai lagi aktiviti lebih menarik dan memberi manfaat serta impak positif kepada semua ahli dan masyarakat dapat diteruskan.

YAM Che’ Puan Besar Khaleeda turut menyeru agar ahli persatuan sentiasa rajin berusaha dan tidak mudah putus asa dalam sesuatu perkara. Turut disentuh adalah sikap ambil peduli iaitu sikap ambil tahu dan peka serta memberi tindak balas terhadap pelbagai hal yang berlaku. Ianya akan memupuk rasa persaudaraan dan bersifat kemanusiaan sesama manusia tanpa mengira asal keturunan, agama, mahupun bangsa. Allah Berkati Johor.

———

HH Che' Puan Besar Khaleeda as Yang Dipertua of the Johor Girl Guides Association of Malaysia (GGAM) participated in the 30th Johor GGAM General Meeting for 2021/2022 that was held online today, 30 March 2021.

In the speech, HH Che' Puan Besar Khaleeda congratulated the association for the success in organising various activities and programmes focusing on welfare, community and improving knowledge. Her Highness also hoped that more exciting activities that brings benefits and a positive impact on all members and the society was organised.

HH Che' Puan Besar Khaleeda also urged all association members to continue working hard and not give up easily in any matter. Also discussed was the importance of having a caring attitude, namely always being attentive and alert as well as taking action on all matters. It will foster a spirit of togetherness and humanity among the people regardless of ancestry, religion and race. Allah Berkati Johor.


Tags:

About author
not provided